[Video] Kereta Terpotong Dua Kejutkan Penonton

[Video] Kereta Terpotong Dua Kejutkan Penonton : Gelagat seorang pemandu aksi berpengalaman memisahkan kereta yang dipandunya kepada dua bahagian, mengejutkan penonton sebuah demonstrasi permotoran di Rusia yang terpukau dengan lagak ngeri tersebut, baru-baru ini.

Kereta Terpotong Dua Kejutkan Penonton

Lebih mengejutkan penonton, dua bahagian kereta yang terpisah itu masih mampu bergerak ke arah berlainan sebelum berpu­sing balik seperti mahu bercantum semula.

Aksi yang berjaya dirakam itu menunjukkan penonton seakan tidak percaya ketika kereta berkenaan terputus dua sebelum memecut ke arah berlainan.

Kereta Terpotong Dua Kejutkan Penonton

Mail Online melaporkan, tindakan pemandu itu membuatkan penonton menjadi bimbang akan keselamatan mereka, namun orang ramai menganggap perbuatan pemandu berkenaan sebagai jenaka dengan menjerit sebagai tanda seronok.

Walaupun mereka pada awalnya tidak pasti sama ada aksi itu adalah benar atau satu helah, pemandu tersebut kemudiannya berundur dan mula berpusing bagi menunjukkan insiden berkenaan adalah satu lakonan sahaja.

[Video] Kereta Terpotong Dua Kejutkan Penonton

Video yang dimuat naik di YouTube itu kini telah ditonton lebih 53,000 kali.

Seorang pengguna Twitter me­nulis, ‘Pemandu itu mempunyai kemahiran yang hebat’.



via
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penonton-terkejut-kereta-8216-terpisah-8217-dua-1.157286#

0 comment... add one now