6 Kereta Terbakar Berhampiran Stesen LRT Taman Jaya

Enam kereta musnah terbakar dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

6 Kereta Terbakar Berhampiran Stesen LRT Taman Jaya

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.58 tengah hari tadi sebelum sepasukan angggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala tiba di lokasi kejadian pada 1.09 petang tadi.

6 Kereta Terbakar Berhampiran Stesen LRT Taman Jaya

Katanya, kejadian itu membabitkan enam kereta iaitu Toyota Vios dan Proton Wira yang musnah sepenuhnya, Suzuki Swift terbakar 80 peratus, Proton BLM musnah 70 peratus serta Proton Gen 2 dan Honda musnah 20 peratus.

"Pemilik kereta itu dipercayai meletakkan kereta di kawasan berkenaan sebelum menaiki LRT ke tempat kerja masing-masing.
"Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 13.32 petang tadi dan tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini," katanya.

6 Kerta trbakar di Amcorp Mall
TERKINI: 6 buah kereta terbakar di Amcorp Mall, PJ berhampiran LRT Taman Jaya...punca kejadian masih disiasat...
Posted by Video Viral on Monday, 21 December 2015

via

0 comment... add one now