Amuk Di JPJ, Video Ke 2 Khas Buat Pengarah JPJ Penang

Amuk Di JPJ, Video Ke 2 Khas Buat Pengarah JPJ Penang: Semalam viral video seorang lelaki yang emngamuk di JPJ Batu Uban Pulau Pinang berikutan masaalah kereta lamanya yang disita dan masih berada dijalanraya sehingga menyusahkan beliau untuk membaharui cukai kenderaannya.

Amuk Di JPJ, Video Ke 2 Khas Buat Pengarah JPJ Penang

Terkini, pihak polis dikatakan telah bersedia untuk mendakwa lelaki tersebut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan setelah menerima arahan dari pejabat pendakwa mahkamah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang 26 Nov lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.  

"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.
 
"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.
 
Menurut beliau polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.

"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya.

Namun begitu, lelaki tersebut telah membuat video terbaru yang dititip khas buat Pengarah JPJ Penang.


via

0 comment... add one now