Kereta Kena Scrap 2001, Tapi Bila Check Ada Org Pakai..Apa JPJ Buat?

Kereta Kena Scrap 2001, Tapi Bila Check Ada Org Pakai..Apa JPJ Buat?: Terkini di media sosial seorang lelaki yang dirakam video dilihat mengamuk (bercakap je laaa) apabila kereta beliau yang disita pada tahun 2001 dan sepatutnya discrap tiba-tiba diguna pakai oleh orang lain.

Kereta Kena Scrap 2001, Tapi Bila Check Ada Org Pakai..Apa JPJ Buat?

Menambah beban apabila dia gagal memperbahrui cukai jalan, pelik bila JPJ sendiri tidak tahu sebabnya malah menyuruh dia membuat semakan dengan polis. Namun semakan mangsa dibalai polis mendapati tiada sebarang masaalah.

Akhirnya problem brader ni dikenalpasti apabila kereta beliau yang pernah disita dan sepatutnya dilupus pada 2001 masih berada dijalanraya.

"Macam mana JPJ boleh keluarkan kereta ini balik sedangkan ia telah disita pada tahun 2001 dan sepatutnya telah dilupuskan?

"Saya mempunyai maklumat individu yang memandu kereta ini dan saya telah memohon Pengarah JPJ cawangan berkenaan menahan individu tersebut, namun mereka memberikan alasan bahawa mereka tiada kuasa. Tanya polis, pun tak ada kuasa. Jadi siapa yang ada kuasa?," soalnya.

"Kalau kereta ini dia guna untuk bawa dadah ke, apa ke, polis akan menangkap saya dan masukkan dalam lokap selama 14 hari. Siapa nak duduk dalam lokap 14 hari? Apa JPJ buat? Ini berkaitan dengan soal nyawa saya.

"Sudahlah kereta disita pada tahun 2001, bayaran kereta sebanyak RM78,000 pula saya terpaksa bayar pada pihak bank dan kini JPJ pula menimbulkan masalah ini yang menyebabkan saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan? JPJ buat apa?" katanya.

Seterusnya ikuti video dibawah....



#Harap JPJ bertindak segera menyelesaikan masaalah brader ini, satu Malaysia sedang melihat tindakan anda!!! Adakah anda juga akan menjadi seperti KPDNKK bila rakyat bersuara? Kemon la jabatan awam semua....media sekarang bukan macam media 80an....

via

0 comment... add one now