Kes Bunuh Budak 4 Tahun: Lelaki Kantoi Kerana Nak Pinjam Cangkul

[Video] Kes Bunuh Budak 4 Tahun: Lelaki Kantoi Kerana Nak Pinjam Cangkul: Kejam sungguh la manusia ni. Budak 4 tahun tu apa la yang dia tahu. dera sampai mati...hurmm...Layaknya mamat ni campak kat dalam kandang rimau je. Tapi tu la, benda-benda jahat ni bape lama nak simpan, akhirnya dia memperlihatkan kebongokan diri apabila memberitahu jiran yang dia nak tanam mayat budak yang dia langgar. memang tak logik langsung alasan tu.


Pada mulanya beri alasan mahu tanam uri, tetapi selepas didesak beri pula alasan mahu tanam budak sebab terlanggar dalam satu kemalangan di Pandamaran.

Itu alasan lelaki berusia 39 tahun yang kini direman tujuh hari bermula hari ini selepas polis menemui mayat budak lelaki berusia empat tahun di dalam tandas rumahnya di Lorong Halimah Ja'amat, Kampung Sungai Udang, malam semalam.

Lelaki itu ditahan bersama adik iparnya, wanita berusia 29 tahun yang turut direman tujuh hari bermula hari ini.

Kes Bunuh Budak 4 Tahun: Lelaki Kantoi Kerana Nak Pinjam Cangkul

Jiran lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Haris, 30, berkata, pada hari kejadian lelaki terbabit dalam keadaan cemas dan mahu meminjam cangkul.

"Dia mendakwa mahu menanam uri bayi di belakang rumahnya membuatkan saya curiga dengan dakwaannya itu sebelum mendesak untuk menceritakan perkara sebenar.

"Akhirnya, dia mengaku mahu menanam seorang budak berikutan dia mendakwa terlanggar budak itu sehingga mati dalam kemalangan di Pandamaran," katanya petang tadi.

Menurutnya, pengakuan berkenaan menimbulkan curiga dalam kalangan penduduk di situ, dan terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian berkenaan.

Seorang lagi jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 35, berkata, dia kerap mendengar budak lelaki menangis di rumah berkenaan tetapi tidak menganggap ada perkara buruk berlaku.

“Budak itu jarang keluar rumah dan hanya bermain di sekitar kawasan rumah saja.

“Saya tidak mengenali rapat keluarga budak itu kerana penghuni rumah berkenaan kurang bergaul dengan jiran berdekatan. Saya pun tidak tahu kejadian yang berlaku sehingga kedatangan sepasukan polis ke rumah berkenaan malam tadi (semalam)," katanya.

Kes Bunuh Budak 4 Tahun: Lelaki Kantoi Kerana Nak Pinjam Cangkul

Tinjauan pihak Harian Metro di rumah berkenaan mendapati ia kosong dan berkunci.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abd Razak berkata, suspek lelaki yang ditahan tidak mempunyai kerja tetap.
"Atas permintaan ibu mangsa, jenazah budak lelaki itu dikebumikan di Mentakab, Pahang, malam ini," katanya.

Menurut Azman, orang ramai diminta tidak mempercayai maklumat yang tersebar berhubung kejadian itu terutama kononnya budak itu dihantar ke rumah pengasuh.

"Jangan percaya khabar angin terutama di laman sosial. Serahkan kepada polis untuk melakukan siasatan," katanya.


via

0 comment... add one now