Lelaki Mengaku Imam Mahadi Adakan Sidang Media

Lelaki Mengaku Imam Mahadi Adakan Sidang Media: Erghh...tangkap terus, jangan bagi muka kepada orang-orang yang merosakkan dan memalukan agama Islam ini. Kelak semakin parah dan susah dan dibendung...

Lelaki Mengaku Imam Mahadi Adakan Sidang Media

 “Saya mengangkat tongkat dengan tangan kanan dan meletakkan tangan kiri didada diiringi pengikut mengangkat tangan kiri dengan telapak tangan dan jari terbuka serta meletakkan tangan kanan di dada mereka,” kata Muhammad Zubir Amir Amir Abdullah dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Zubir mendakwa dirinya telah di bai’ah dan diangkat oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahadi ketika upacara baiah diadakan di antara hajar aswad dan maqam Ibrahim di Mekah pada 18 Julai lalu.

Ekoran itu, Zubir yang di dakwa oleh pengikutnya adalah Imam Mahadi telah ditahan oleh kerajaan Arab Saudi selepas upacara bai’ah sebelum dibebaskan 28 hari kemudian setelah melalui proses siasatan.

Pengikutnya mendakwa pembebasan Zubir merupakan ‘keajaiban’ kerana tidak pernah berlaku seseorang yang di tangkap dapat terlepas bebas dari hukuman oleh kerajaan Arab Saudi.

Ketika ditanya apakah tanda-tanda beliau sebagai Imam Mahadi dan pendekatan yang dibawanya, katanya “tanda-tandanya adalah anak lahirkan tuan. Dimana perkara besar apabila berlaku anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa mereka.”

Lelaki yang berasal dari Medan, Sumatera, Indonesia itu menjelaskan beliau tidak mahu mengakui dirinya adalah Imam Mahadi, namun mengulang-ngulang satu ayat iaitu “saat diriku menyampaikan kalam Allah s.w.t secara mutlak, jangan ditanya aku siapa”.

Beliau mendakwa hanya berdakwah untuk mengajak manusia kepada Islam hakiki dari Allah s.w.t dengan petunjuk lurus kalamullah.

Ditanya tujuan kedatangannya di Malaysia Muhammad Zubir berkata, beliau bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin agama negara untuk berdialog bagi mencapai satu titik persatuan dimana, ketua agama negara dapat menerima kedatangan ketua pemimpin Islam.

via


0 comment... add one now