Video Lelaki Mengamuk Bersenjata Parang Di Nilai

Video Lelaki Mengamuk Bersenjata Parang Di Nilai: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang bersenjata parang mengamuk mengakibatkan sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) rosak.

Video Lelaki Mengamuk Bersenjata Parang Di Nilai

Kejadian tersebut berlaku di sebuah flat di Nilai Perdana pada pukul 9.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, Balai Polis Nilai menerima panggilan wanita mengatakan suaminya berusia 46 tahun mengamuk.

Katanya, sehubungan itu dua anggotanya bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, lelaki itu mengacukan parang terhadap anggota polis terbabit.

"Biarpun diberi amaran tidak melakukan sesuatu, lelaki berparang itu mengejar dua anggota berkenaan dari tingkat tiga sehingga ke bawah.

"Sewaktu berada di tingkat bawah, suspek yang ternampak kereta polis memecahkan tiga cermin kenderaan itu menggunakan parang," katanya.

Video Lelaki Mengamuk Bersenjata Parang Di Nilai

Ketika itu dua anggota polis bermotosikal turut tiba di lokasi dan suspek juga bertindak menyerang mereka.

"Dua anggota terpaksa menyelamatkan diri dan suspek bertindak memecahkan tangki petrol dan kotak mengisi barangan pada motosikal polis," katanya.

Menurutnya lagi, lelaki itu kemudian menggeledah kereta polis dan empat anggota dengan bantuan orang ramai mencekup lelaki berkenaan.

"Berlaku sedikit pergelutan dan suspek mengalami kecederan di bahagian dahi serta tangan," katanya.

Zaldino berkata, temu bual bersama isteri suspek mengatakan suaminya pesakit mental dan tidak bekerja sejak 15 tahun lalu dan rawatan susulan dijadualkan pada 16 Februari tahun depan.

"Sehubungan itu, lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.

Seterusnya ikuti video tersebut dibawah.



via
1.kosmo
2.myMetro
3. FB Anis Asilah Rahim

0 comment... add one now