Masuk Islam Kerana Tertarik Muslimah Yang Sering Bertudung

Masuk Islam Kerana Tertarik Muslimah Yang Sering Bertudung: Nama saya Karen, baru masuk Islam. Saya dibesarkan dalam keluarga Kristian yang ketat. Saya ingat ketika saya masih muda, saya bertanya tentang Islam.

Masuk Islam Kerana Tertarik Muslimah Yang Sering Bertudung

Ayah saya mengatakan dia akan bunuh diri, daripada melihat anak perempuannya menjadi seorang Muslimah. Saya sendiri ketika itu takut untuk mengakui Islam adalah agama yang benar.

Ketika suatu kali bertanya tentang Islam, tak ada yang berfikir bahawa saya serius. Akhirnya saya memohon bantuan pada bos di mana saya bekerja untuk menjelaskan apa itu Islam. Bos saya itu seorang Muslim.

Saya mula mendapatkan maklumat dan belajar tentang Islam. Saya mula membaca sendiri soal agama ini.

Saya selalu tertarik dengan Islam. Para wanitanya selalu bertutup. Ketika itu, saya diusir oleh keluarga saya. Bos Muslim saya membantu saya dan memberikan satu tempat untuk saya tinggal.

Tiga bulan selepas itu, saya pun masuk Islam. Saya belajar Islam melalui buku-buku, dan dari Facebook. Saya menjalani bulan Ramadhan pertama saya seorang diri saja.

Saya mengubah cara saya berpakaian dengan membaca buku-buku tentang bagaimana Muslimah berpakaian. Malangnya, saya diberitahu saya tidak boleh memakai tudung di tempat kerja.

Sepanjang hidup saya, saya selalu ingin tahu apa cinta sejati itu. Tapi tak ada yang peduli jika saya ini hidup atau mati. Sekarang, saya tahu Allah tidak begitu.

Allah mencintai saya. Saya perlu banyak belajar dan juga banyak diuji. Tapi, saya mempunyai harapan bahawa Allah akan membantu saya.

via

0 comment... add one now