11 gambar berturutan diterbitkan oleh pihak Tempo dan menerusi sekuel gambar tersebut dapat dilihat suspek melakukan aksi tanpa disedari orang ramai sehinggalah ia terlewat.
Pada gambar pertama, seorang lelaki berpakaian hitam, bertopi dan membawa beg sandang di Jalan MH Thamrin yang menuju Bulatan Hotel Indonesia.
Suspek terbabit dilihat bersama seseorang yang berpakaian biru dan jaket hitam.
Kedua-dua suspek itu berdiri bersahaja di kerumuman orang awam yang melihat tiga mayat terkapar sejurus selepas bom meletup.
Pada gambar lain, suspek dilihat mengacukan pistol ke arah dua polis trafik yang ada berhampiran orang ramai.
Pada dua gambar terakhir, anggota polis terbabit dilihat memegang perutnya sambil membelakangi suspek.
via
1. MalaysiaKini
2. Tempo