[7 Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas Seberat 920kg

[7 Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas Seberat 920kg: Lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan gas jenis 'Methyl Chloride' sebelum dihempap salah satu tong gas berkenaan dianggarkan seberat 920 kilogram(kg) di Jalan Lahat, dekat Menglembu Bestari, petang semalam.

[Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa Cheah Seaw Seaw Oow,65, maut serta merta di tempat kejadian. Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kedai milik abangnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ismail Darus berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.27 petang sebelum satu jentera dan ambulans EMRS ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati mangsa tersepit di bawah tong gas berkenaan.

[Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas

Katanya, anggota bomba meminta bantuan trak tunda untuk menarik tong gas berkenaan yang menghempap mangsa sebelum mangsa di keluarkan beberapa minit kemudian.

"Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa maut sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Tong gas berkenaan bocor sedikit, namun ia tetap berbahaya kerana gas berkenaan mudah meletup. Langkah pencegahan awal sudah diambil termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) yang sudah bersiap sedia untuk ke lokasi sekiranya diperlukan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

[Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas
[Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas
[Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas
[Gambar] Warga Emas Maut Di Hempap Tong Gas

via
Harian Metro
Daily Traffic Report

0 comment... add one now