Gempar Sultan Johor Beli Pesawat Boeing 737/800

Gempar Sultan Johor Beli Pesawat Boeing 737/800,ok: Berita mengenai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dikatakan membeli pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800 baharu, heboh diperkatakan di laman sosial mulai semalam.

Gempar Sultan Johor Beli Pesawat Boeing 737/800

Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan, sumber penerbangan memaklumkan pesawat peribadi itu kini dalam perjalanan dari Washington ke Johor Bahru dan dibina dengan ciri khas mengikut spesifikasi diinginkan Sultan Johor.

Difahamkan, pesawat baharu itu berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsi dan viral dalam laman sosial, pesawat peribadi itu berwarna keemasan dengan jalur biru di bahagian tepi, selain menampilkan bendera Johor dan logo SI di badan pesawat.

Gempar Sultan Johor Beli Pesawat Boeing 737/800

Berdasarkan harga pasaran, pesawat berkenaan dianggar berharga lebih RM400 juta (AS$96 juta).

Bagaimanapun, pihak Istana Johor yang dihubungi enggan mengulas atau mengesahkan perkhabaran berkenaan.

Oktober tahun lalu, Sultan Ibrahim  membeli trak jenama Mack yang menjadi kebanggaan rakyat Johor, selain menghadiahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dengan sebuah jet peribadi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

via
Berita Harian

0 comment... add one now