Indonesia Bakal Keluarkan Jet Tempur Generasi 4.5 (Indonesia Fighter Xperiment (IFX))

Indonesia Bakal Keluarkan Jet Tempur Generasi 4.5 (Indonesia Fighter Xperiment (IFX)),ok: Indonesia akan mula mengeluarkan jet pejuang buatan sendiri pada 2024 atau 2025 dengan kerjasama Korea Selatan.

Indonesia Bakal Keluarkan Jet Tempur Generasi 4.5 (Indonesia Fighter Xperiment (IFX))

Menurut pengarah syarikat pesawat negara, PT Dirgantara Indonesia (PTDI), Budi Santoso berkata, jet itu yang dinamakan Indonesia Fighter Xperiment (IFX) 4.5 Generation itu akan mula dipasang pada 2020.

“Ia akan berterusan selama 20 tahun,” kata Budi di pejabatnya di Bandung, kelmarin.

Menurutnya, kontrak sudah ditandatangani antara Kementerian Pertahanan dan Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA) Korea Selatan Januari lalu untuk membangunkan pesawat prototaip yang dijangka siap pada 2019.

PTDI menyasarkan IFX boleh beroperasi antara 2024 atau 2025. Korea Selatan dijangka menjadi pengguna terbesar dengan memiliki 120 buah manakala Indonesia pula sekitar 80 buah

Indonesia Bakal Keluarkan Jet Tempur Generasi 4.5 (Indonesia Fighter Xperiment (IFX))

“Jet itu akan beroperasi pada 2024 atau 2025. Tahun ini, kami membuat prototaip dan melakukan ujian penerbangan,” katanya.

Aktiviti menghasilkan pesawat prototaip itu dilakukan di Korea Selatan. IFX akan digunakan oleh tentera Indonesia atau dijual kepada negara lain.

Bagaimanapun keupayaan dan ciri halimunan pesawat ini dijangka berada dibawah sedikit dari pesawat F35 Lighting II.

Indonesia Bakal Keluarkan Jet Tempur Generasi 4.5 (Indonesia Fighter Xperiment (IFX))

Penganalisa mendapati Korea Selatan dan Indonesia akan membelanjakan lebih dari 10 Trilion Won bagi tujuan tersebut.

Kira-kira 300 saintis dan juruteknik Indonesia kini berada di Seoul untuk menjalankan kajian dan penyelidikan teradap projek itu. - Agensi

via

0 comment... add one now