Misteri 3 Kenderaan Berat Ini Tiba-Tiba "Berpindah" Dari Jalanraya Ke Hutan Tebal Mbogan

Misteri 3 Kenderaan Berat Ini Tiba-Tiba "Berpindah" Dari Jalanraya Ke Hutan Tebal Mbogan,ok: Sebuah bas Pahala Kencana yang muatan 33 penumpang dan sebuah lori simen menjadi bualan hangat penduduk setempat dan warga internet di Indonesia apabila kenderaan tersebut yang berada disebuah jalanraya tiba-tiba berpindah secara misteri ke sebuah hutan disebuah kampung di Mbogan, Desa Kedungbacin, Kecamatan Todanan, Blora, Jawa Tengah

Misteri 3 Kenderaan Berat Ini Tiba-Tiba "Berpindah" Dari Jalanraya Ke Hutan Tebal Mbogan

Desa Kendungbacin hanya dihuni sekitar 3 ribu penduduk dengan jarak rumah yang agak berjauhan antara satu sama lain. Satu-satunya jalan menghubung kampung ini hanya muat dilalui sebuah kenderaan sahaja dengan keadaan jalanraya yang rosak teruk dan lebar 1.5 meter.

“Desa ini jauh dari jalan raya. Jalannya juga tak bercabang-cabang. Tapi kenapa sering ada orang yang nyasar(tersesat) sampai di alas Mbagon ini,” menurut kata Puji Supar, salah seorang warga desa Kedungbacin.

Tambahnya lagi, kejadian kendaraan nyasar di tempat misteri itu bukanlah yang kali pertama.

Sebelum menimpa lori simen dan bas malang itu, beberapa hari sebelumnya sebuah kereta keluarga yang hendak ke Blora Kota juga nyasar sampai di hutan Mbogan.

“Pas ditanya, sopirnya juga malah bingung. Kok bisa sampai di sini (hutan Mbogan),” kata lelaki tersebut.

Namun sebenarnya yang paling banyak terjadi adalah penunggang motorsikal dan pemandu kereta yang tersesat. Bahkan jumlahnya tak terhitung.

Misteri 3 Kenderaan Berat Ini Tiba-Tiba "Berpindah" Dari Jalanraya Ke Hutan Tebal Mbogan

Tambah lelaki itu, rata-rata mereka yang tersesat adalah penduduk dari luar daerah. Orang luar daerah biasanya lewat jalan itu untuk menuju ke desa-desa diseberang desa Kedungbacin. Mereka ada yang tersesat di tengah hutan, tengah sawah, hingga ke pemakaman.

“Makanya, kadang banyak orang luar daerah tak berani kalau malam-malam melintas. Mereka takut tersesat. Kalau warga sekitar sudah terbiasa,” kata Supar lagi.

Awalnya bas Pahala Kencana dan kedua-dua trak simen tersebut melalui jalanraya pantura tepatnya di jalan Juwana-Rembang, Khamis(22/6/2012) ketika tengah malam. Kerana jalanraya sesak teruk, si pemadu mengambil jalan alternatif.

Akan tetapi sesampainya di jalan Jaken, atau Kabupaten Pati wilayah paling selatan, si pemandu merasa sudah berada di jalan pantura.

Ketika melintas, memang jalan yang dilalui adalah jalan desa, namun secara tiba-tiba mereka masuk ke hutan Gadogan di desa Kedungbacin, Kecamatan Todanan, Kabupaten Blora, Jawa Tengah. Wilayah ini dikenal sebagai perbukitan hutan tebal.

Misteri 3 Kenderaan Berat Ini Tiba-Tiba "Berpindah" Dari Jalanraya Ke Hutan Tebal Mbogan

Keanehan mulai terasa kepada pemandu bas, ketika mereka mahu memintas lori simen yang berada di depan disebuah bukit. Si pemandu pada mulanya mahu melintasi lori tersebut namun ditahan pembantunya.

Pemandu bas membiarkan lori simen mendaki dahulu, setelah lori simen melepasi bukit tersebut, bas mencuba naik, namun gagal dan bas terundur kebelakang, terhenti sambil enjin bas tersebut mati.

Ketika pemandu bas cuba menhidupkan kembali bas tersebut, pembantunya turun dari bas mengelilingi bas mereka. Namun dia terkejut bila melihat sekeliling hanyalah hutan. Si pembantu melihat jam ditangannya, iaitu jam 02.30 pagi WIB. Terkejut, mereka segera membangunkan kesemua 33  penumpang yang sedang tidur.

Peliknya, tiada sebarang kesan calar pada bahagian badan bas ketika memasuki hutan tersebut.

Menurut seorang penduduk, Sunaryo, warga Desa Kedungbacin, Kecamatan Todanan, Kabupaten Blora, Jawa Tengah, mengaku mendengar bunyi ketiga-tiga kendaraan yang melintas di depan rumahnya pada malam, Kamis pekan lalu.

Namun katanya, ia tak keluar rumah kerana memang sudah larut malam.

"Paginya, saya kaget, apa mungkin kendaraan yang lewat semalam itu adalah truk dan bus. Tapi sepertinya tak mungkin karena jalan depan rumah sangat sempit," katanya.

Setelah bas dan lori tersebut ditemui, proses untuk mengeluarkan dua lori simen dan bas itu memerlukankan waktu seharian. Jalan sempit membuatkan ketiga kenderaan besar  itu sukar bergerak.

Dan menambahkan lagi misteri ialah goresan pada badan bas hanya jelas terlihat setelah proses mengeluarkan kenderaan tersebut dari kampung itu.

Para penumpang terpaksa menaiki bas lain setelah pemandu bas mengalami trauma hebat sehingga gagal memandu selepas kejadian malang tersebut.

Ramai beranggapan ketiga-tiga kenderaan ini dan mangsa sebelumnya telah memasuki satu "Terowong Ajaib" seperti terowong masa. Wallahualam

via

0 comment... add one now