Ustaz Kazim Elias Di Serang Sakit Jantung Ketika Berceramah

Ustaz Kazim Elias Di Serang Sakit Jantung Ketika Berceramah,ok: Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias dilaporkan mengadu sakit dada ketika berceramah di Gunong, di sini, sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Ustaz Kazim Elias Di Serang Sakit Jantung Ketika Berceramah

Kazim yang tiba di Kelantan petang tadi dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, berkata sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan ceramah kerana sakit dada.

“Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

“Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM,” katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Nik Ruslan berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika tiba tadi sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih mahu meneruskan ceramah.

“Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok,” katanya.

Sementara itu pembantu peribadinya, Annuar Mat Taib ketika dihubungi berkata ustaz Kazzim masih mendapatkan rawatan di hospital Universiti Kubang Kerian.

“Mohon semua untuk sama-sama mendoakan keadaan uztaz, beliau masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Setakat ini keadaan beliau dilaporkan agak stabil sebarang perkembangan akan saya maklumat” katanya ringkas sebentar tadi.

via
SuaraTV

0 comment... add one now