[Video] Pelajar Bergaduh Beramai-Ramai Lepas Sukan Sekolah

[Video] Pelajar Bergaduh Beramai-Ramai Lepas Sukan Sekolah: Polis menahan sembilan remaja termasuk lapan pelajar sebuah sekolah menengah di Tawau, semalam, selepas terbabit dalam pergaduhan beramai-ramai ketika sukan tahunan sekolah itu berlangsung pada 4 Februari lalu.

Pelajar Bergaduh Beramai-Ramai Lepas Sukan Sekolah

Semua pelajar yang berusia antara 15 hingga 17 tahun dengan seorang lagi bekas pelajar sekolah itu yang berusia 18 tahun, ditahan secara berasingan pada 8 dan 9 Februari.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari pada Khamis minggu lalu, pergaduhan dikatakan tercetus selepas acara sukan selesai membabitkan lapan pelajar dan seorang bekas pelajar di luar kawasan sekolah berhampiran pondok bas.

Rakaman pergaduhan yang berdurasi selama 38 minit itu, dipercayai bermotifkan dendam lama selain berlaku perselisihan faham antara pelajar terbabit, turut viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata semua mereka ditahan dalam lokasi berasingan.

"Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

"Polis juga meminta kepada orang ramai, jika ada kejadian seperti ini segera laporkan kepada polis tanpa menunggu ia viral di laman sosial," katanya dalam kenyataannya lapor Berita Harian.

Dibawah merupakan video yang dimuat naik di Harian Metro



via
Berita Harian

0 comment... add one now