Aksi wanita berkenaan kira-kira jam 8 pagi, Jumaat lalu itu turut dirakam orang awam hingga viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pengadu adalah pembantu trafik KTMB yang mendakwa terdengar kekecohan di Platform 2 (menghala ke Kuala Lumpur) sebelum bergegas untuk melihat keadaan yang berlaku.
“Pengadu melihat suspek mula menengking penumpang lain di platform itu sebelum kereta api tiba.
“Suspek terus masuk ke dalam kereta api dan membuat kecoh sambil membuka baju dalamnya di depan orang awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pengadu bertindak mengambil beg sandang milik suspek dan meletakkannya di luar bertujuan untuk menghalau wanita itu sebelum mengarahkan pemandu komuter meneruskan perjalanan.
“Pengadu kemudian beredar ke kaunter pemeriksaan tempatnya bertugas sebelum suspek tiba-tiba datang ke arahnya sambil memaki-hamun.
“Suspek membaling kerusi plastik berhampiran pengadu dan terus memaki-hamun serta cuba menendang pengadu beberapa kali sebelum beredar keluar dari stesen berkenaan,” katanya.
Katanya, polis juga ada menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku kakak kepada suspek selepas satu video rakaman kelakuan adiknya itu viral di media sosial.
“Wanita itu memaklumkan suspek tidak bekerja dan penagih dadah jenis syabu.
“Polis menahan suspek Sabtu lalu dan dia direman hingga Rabu ini untuk membantu siasatan,” katanya.
Apa kes pulak ni...mengamuk tendang Staf KTMB, dah la pakai baju dalam je...macam dekat TBS jer
Posted by Video Viral on Friday, 8 April 2016
via
h.metro