Video Budak Sekolah Buli Penjual Aiskrim Pakistan

Video Budak Sekolah Buli Penjual Aiskrim Pakistan: Hebat budak sekolah sekarang bukan...bukan setakat ponteng sekolah, merokok dan melepak...bahkan turut membuli orang lain.

Video Budak Sekolah Buli Penjual Aiskrim Pakistan

Menerusi satu status dimuat naik oleh seorang lelaki menggunakan nama Amin Ali di Facebook, terpapar beberapa video dan gambar sekumpulan budak sekolah sedang melepak di lorong belakang rumahnya.  Ikuti tulisan beliau dibawah yang menjadi viral dilaman sosial....



|| KES MURID SEKOLAH MENENGAH BERLAGAK SAMSENG MENGANIAYA PENJUAL AISKRIM ||
Kejadian berlaku petang Isnin, 26 September 2016. Ternampak sekumpulan remaja berpakaian lengkap uniform sekolah menengah melepak di kawasan perumahan Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Kawasan perumahan yang memang tidak selamat untuk diduduki. Saya sendiri salah seorang mangsa kes curi minyak petrol kereta. Sampai kering tangki si pencuri kerjakan, memang kejam sungguh!
Bila ditanya buat apa di sini? Jawapannya melepak. Ditegur sebab mereka buat bising pada waktu penduduk sedang berehat dan suara mereka mengganggu ketenteraman awam. Bila ditanya lagi tingkatan berapa? Mereka jawab Tingkatan 3. Mereka bagi alasan baru habis kelas tambahan yang bermula jam 2.30 petang. Hairan sungguh, macam ponteng kelas tambahan pun ya. Ditanya sekolah mana? Salah seorang daripada mereka tunjuk ke arah sekolah, SMK Kota Masai (2), tidak jauh dari lokasi mereka melepak.
Ketika sedang melepak ada seorang penjual aiskrim bermotosikal yang dikenal pasti seperti warganegara Pakistan (berdasarkan pakaian dan raut wajah berjambang). Mereka tahan penjual itu dengan lagak samseng. Siap ada dua tiga orang main pulas handle motosikal dan salah seorang remaja berkenaan bertindak mematikan enjin. Tergerak hati untuk rakam video sebab merasakan akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Sah, dalam video itu kalau anda lihat ada seorang remaja berbaju merah lari selepas mengambil aiskrim tanpa membayarnya. Saya syak aiskrim Cornetto (berdasarkan perbualan antara pencuri dengan penjual). Part dia patah balik selepas dikejar sempat dirakam tetapi ketika awal dia melarikan diri terlambat pula untuk rakam.
Seorang lagi dalam video anda lihat ada yang menggalas beg sandang, dia bertindak mencuri satu plastik kon aiskrim tanpa disedari penjual. Kemudian dia bahagikan kon aiskrim kepada rakan-rakan samsengnya. Dan dia jugalah yang main-mainkan loceng milik penjual berkenaan.
Sambil lepak sambil merokok. Agak-agak si penjual tadi sudah pergi jauh, baru mereka tinggalkan tempat lepak tanpa kutip sampah aiskrim dan puntung rokok. Kesannya, saya juga yang akan menyapu setiap petang!
Saya minta maaf kerana rakaman dibuat terbalik. Jadi yang tengok guna laptop perlu sengetkan kepala. Maaf ya. SHARE kalau rasa perlu sahaja. Mana tahu kes-kes kecurian minyak petrol boleh selesai dengan tertangkapnya mereka. Tolong TAG pihak yang wajar diTAG. Terima kasih.
** Maklumat **
Tarikh Kecurian: 26 September 2016
Anggaran Masa: Jam 3.30 - 4.15 petang
Lokasi Kecurian: Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai
Mangsa: Penjual aiskrim (disyaki warganegara Pakistan)
Suspek: Sekumpulan murid Tingkatan 3 (berdasarkan perbualan)
Sekolah: SMK Kota Masai (2) (berdasarkan perbualan)

0 comment... add one now