Saya Ingat Baru 3 Hari, Puas Saya Pusing Tapi Asik Jumpa Tempat Yang Sama

Saya Ingat Baru 3 Hari, Puas Saya Pusing Tapi Asik Jumpa Tempat Yang Sama,ok!: Azarul Mukriz yang dijumpai selamat selepas enam hari hilang ketika mendaki Bukit Broga mendedahkan pengalamannya sepanjang tersesat.

Saya Ingat Baru 3 Hari, Puas Saya Pusing Tapi Asik Jumpa Tempat Yang Sama

Mohd Azarul Mukriz Abdul Rahman, 21, yang ditemui selamat hari ini berkata, sepanjang tempoh dia tersesat, dia telah berusaha untuk mencari jalan keluar namun buntu, apabila usahanya tidak berhasil.

"Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama," katanya.

Mohd Azarul berkata demikian kepada seorang daripada ahli kumpulan SAR, Khairul Nizam Omar, 28, di lokasi dia ditemui, petik laporan media tempatan.

Saya Ingat Baru 3 Hari, Puas Saya Pusing Tapi Akik Jumpa Tempat Yang Sama

Mohd Azrul ditemui selamat kira-kira jam 11:30 pagi tadi. Mohd Azrul dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad, 22 Januari lalu.

Dilaporkan turut bersamanya adalah enam individu termasuk dua kanak-kanak dikatakan mendaki bukit berkenaan sebelum dia dilaporkan hilang.

LAIN2 KES MISTERI/HILANG DIBUKIT BROGA


Sebelum ini terdapat juga kes hilang di Bukit Broga. 10 remaja pernah dilaporkan hilang di bukit Broga pada tahun 2014, sepuluh remaja itu termasuk enam pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Semenyih.

Bagaimanapun mereka selamat ditemui oleh pihak bomba. Kesemua mereka ditemui dalam sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau dalam keadaan keletihan dan mengalami kecederaan.

Mereka mula mendaki gunung itu pada jam 3.30 pagi namun tiba-tiba tersesat selepas gagal mengesan tanda arah menuju ketika tergesa-gesa menuju ke puncak bukit berkenaan menyebabkan tersesat semasa pendakian.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/puas-saya-pusing-balik-balik-jumpa-tempat-sama-1.619403

0 comment... add one now