(Gambar & Video) 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara

(Gambar & Video) 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara,ok!: Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara ekoran krisis diplomatik antara kedua-dua negara selamat tiba di tanah air awal pagi tadi.

Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara ekoran krisis diplomatik antara kedua-dua negara selamat tiba di tanah air awal pagi tadi.  Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi dengan menaiki pesawat khas dari Pyongyang.  Pesawat tersebut bertolak dari Pyongyang pada pukul 6.30 petang waktu tempatan (7.45 malam waktu Malaysia).  Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan keluarga masing-masing.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi dengan menaiki pesawat khas dari Pyongyang.

Pesawat tersebut bertolak dari Pyongyang pada pukul 6.30 petang waktu tempatan (7.45 malam waktu Malaysia).

Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan keluarga masing-masing.

(Gambar & Video) 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara

Sembilan rakyat Malaysia tersebut ialah Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu Peribadi Duta Besar), suaminya Mohd. Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md. Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak mereka iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Sejurus tiba, mereka di bawa bertemu ahli keluarga masing-masing di sebuah bilik khas sebelum sidang akhbar dilangsungkan.

(Gambar & Video) 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya semalam menyatakan rasa syukur kerana pesawat khas yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia telah keluar dari ruang udara Korea Utara.

(Gambar & Video) 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara
(Gambar & Video) 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara
(Gambar & Video) 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara

Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara mula tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diisytiharkan sebagai Persona Non Grata dan diarahkan meninggalkan Malaysia kerana mengkritik pihak berkuasa tuduhan negara ini.

9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, Korea Utara

Duta tersebut melemparkan tuduhan kepada kerajaan Malaysia dalam mengendalikan penyiasatan polis terhadap kes kematian seorang warga Korea Utara, Kim Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu.

Leftenan Kolonel Gembira Dapat Bawa Pulang 9 Rakyat Malaysia

Susulan tindakan ke atas Kang Chol, Pyongyang pada 7 Mac telah menghalang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu yang turut menyaksikan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas rakyat Korea Utara di Malaysia.

Namun, dua rakyat Malaysia yang bertugas dengan Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Stella Lim, 45 dan Nyanaprakash, 44 Muniandy dibenarkan meninggalkan negara itu pada 9 Mac lalu.



sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

0 comment... add one now