Catatan Iza Karmila Ramli Isteri Penasihat Kedutaan Malaysia Di Korea Utara,ok!: Akaun laman sosial seperti Facebook milik kakitangan dan keluarga Kedutaan Malaysia di Korea Utara kembali boleh diakses selepas 'hilang' kira-kira sebelas hari lalu. (Terkini akaun tersebut tidak lagi dapat diakses)
Antara akaun FB yang boleh diakses termasuk milik Iza Karmila Ramli, isteri kepada penasihat kedutaan Malaysia di Pyongyang, Mohd. Nor Azrin Md. Zain.
Catatan terakhir Iza Karmila menggunakan nama Karmila Ramli pada 6 Mac lalu berbunyi, "Kekuatan itu datang apabila kita redha dan yakin dengan janji Allah. May His blessing and guidance will protect us through out this journey."
Selain itu dalam catatan pada 29 Disember tahun lalu, Iza Karmila menulis mereka terpaksa ke Danbong, China sejauh 250 kilometer setiap tiga atau empat bulan sekali bagi membeli bekalan makanan halal.
"Perjalanan akan mengambil masa antara lima dan enam jam bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan.
"Jalan yang menghubungkan Pyongyang dan Danbong sangat teruk dan 70 peratus tidak diturap serta berlubang. Namun perjalanan melepasi kawasan luar bandar Korea Utara adalah pengalaman yang membuka mata," tulis Iza Karmila.
Menurut Iza Karmila, Korea Utara sememangnya sebuah negara yang cantik dan bersih. Rakyatnya pula mempunyai semangat patriotik yang boleh dipelajari oleh rakyat Malaysia.
"Negara Korea Utara sememangnya misteri. Pembangunan yang pesat masih belum ada. Tapi semangat patriotik dan cintakan negara sangat tinggi.
"Itu mungkin saya akan kongsikan kemudian. Mungkin kita boleh belajar macam mana mereka didik rakyat mereka untuk jadi sangat patriotik dan mempertahan negera mereka," catat Iza Karmila pada 12 September 2016.
Dalam catatan pada 17 September 2016 Iza Karmila turut berkongsi tip jika hendak melawat ke Korea Utara.
Catatan Iza Ramli Mengenai Korea Utara
Antaranya pelancong dilarang membawa sebarang bahan bercetak dan ia akan dirampas jika pihak berkuasa Korea Utara menjumpainya.
"Walaupun ianya hanya buku Sudoku atau sehelai surat khabar yang digunakan untuk membungkus budu ia tetap akan dirampas.
"USB dan komputer akan diperiksa. Pastikan tiada bahan-bahan bersifat propaganda dan anti kerajaan Korea Utara," tulis Iza Karmila.
Iza Karmila turut berkongsi gambar percutiannya bersama-sama suami dan anak-anak mereka Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah di Korea Utara.
Selain Iza Karmila, akaun kakitangan lain yang turut aktif adalah Nirmala Singaram, Ieda Jamaludin dan Mohamad Redzuan Otman.
Kepulangan kesemua sembilan rakyat Malaysia itu masih menjadi tanya tanya apabila mereka ditahan di lapangan terbang Pyongyang ketika cuba pulang ke Malaysia pada 6 Mac lalu.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara mula terjejas berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara di lapangan terbang antarabangsa (KLIA2), 13 Februari lalu.
Berikutan itu, kerajaan mengusir Duta Korea Utara, Kang Chol dalam tempoh 48 jam kerana berterusan membuat tuduhan tidak berasas kepada Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai persona non grata.
Walau bagaimanapun, Korea Utara bertindak balas dengan menahan 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, namun dua daripada mereka selamat (petugas PBB) keluar dan kini berada di Beijing.
sumber
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/catatan-iza-karmila-ramli-mengenai-korea-utara-1.458350