Anak Angkat Azharina Azhar Meninggal Dunia

Anak Angkat Azharina Azhar Meninggal Dunia,ok!: Anak angkat kedua Azharina Azhar, Rizqie Azharin Azhar, yang baru berusia 23 hari, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Anak Angkat Azharina Azhar Meninggal Dunia

Menurut Azharina, doktor mengesahkan Rizqie, yang dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu, meninggal dunia disebabkan beberapa komplikasi termasuk buah pinggang rosak, pendarahan otak dan paru-paru dipenuhi susu.

"Saya reda dengan pemergian cinta hati saya itu dan menerima suratan ini. Saya juga bersyukur sempat menjaganya, sekali pun hanya dalam tempoh 23 hari.

"Sepanjang menjalani rawatan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di hospital, jujur saya sendiri tidak mampu melihat keadaan yang ditanggungnya," kata penyanyi lagu Elegi Sepi itu.

Ahad lalu, Azharina, yang julung kali mengadakan persembahan solo di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, meluahkan kesedihan berikutan keadaan anaknya itu yang dirawat di wad terbabit.

Moga Dia Pimpin Tangan Saya Di Syurga Nanti ~ Azharina Azhar

Beliau cuba melaksanakan tanggungjawab menghiburkan penonton, sekali gus menyembunyikan perasaan sedih walaupun hatinya berbelah bahagi mengenangkan si kecil yang mengalami demam panas.

Jenazah anaknya akan disembahyangkan di Masjid Batu 14 Puchong dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan selepas Asar.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga itu yang sudah berpisah dengan bekas suami sejak sembilan tahun lalu itu, turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Rahmat Azharin Aziz, 3 tahun.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/265032?

0 comment... add one now