Bahana Belasah Pelajar Junior

Bahana Belasah Pelajar Junior,ok!: Tiga pelajar tingkatan lima dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, atas tuduhan sengaja mencederakan seorang pelajar tingkatan empat, pada awal Febuari lalu.

Bahana Belasah Pelajar Junior

Ketiga-tiga pelajar berusia 17 tahun ini bagaimanapun mengaku salah atas tuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mencederakan mangsa yang juga pelajar junior di sekolah mereka.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas sengaja mencederakan mangsa, 16, di sebuah bilik asrama sekolah menengah di Kuala Nerus, lebih kurang jam 11.30 malam, pada 19 Febuari lalu.

Kesemua mereka mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mencederakan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sejurus pengakuan salah mereka direkodkan, Abdul Hayyi menetapkan 22 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, ketiga-tiga mereka turut dibenarkan diikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, akhbar ada melaporkan seorang pelajar tingkatan empat menanggung azab apabila bukan sahaja disepak, malah turut dipijak serta ditumbuk sekumpulan pelajar seniornya selepas dituduh mencuri gelang.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa berusia 16 tahun ketika itu berada di bilik asrama sekolah sebelum dipanggil seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang dikenali.

Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan lebam pada dada dan mata serta sakit di seluruh badan sebelum membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, untuk tindakan lanjut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tiga-pelajar-didakwa-kerana-cederakan-junior-1.644276

0 comment... add one now