Kerajaan Perlu Kutip Cukai Kepada "Jutawan Senyap" Negara,ok!: Pengurusan kerajaan yang lemah dalam mengenal pasti pendapatan diperolehi terutama oleh golongan peniaga 'shadow economy' (jutawan senyap) menyebabkan kerajaan mencatatkan perolehan rendah dalam negara ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Abdul Hamid mendakwa, kelemahan tersebut mengakibatkan kerajaan bertindak mengenakan pelbagai cukai yang seterusnya menghimpit kehidupan rakyat.
"Kerajaan masih tidak mempunyai mekanisme bersepadu dalam menangani golongan peniaga ini.
"Kesan dari itu, kerajaan mengenakan percukaian ke atas semua rakyat atau mengetatkan prosedur kepada rakyat atau peniaga berpendapatan rendah sebagaimana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan isu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dari kalangan pemohon Bantuan Rakyat 1Malasysia (BR1M) baru-baru ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kerajaan sepatutnya mengambil langkah mengetatkan dan menguatkuasakan undang-undang dalam agensi berkaitan untuk mengesan golongan jutawan senyap di negara ini.
"Sewajarnya dengan segala syarat berkaitan pendaftaran dan lesen perniagaan, pengiklanan, premis, akaun dan seumpamanya telah membolehkan kerajaan mengesan golongan jutawan senyap dari perniagaan ala 'shadow economy', disamping penguatkuasaan oleh agensi berkaitan.
"Melaluinya, kerajaan bukan sahaja akan memperolehi hasil sepatutnya yang sengaja 'dielakkan', tetapi juga menangani pelbagai muslihat dan kegiatan haram dalam perniagaan serta mengekang gugatan berkaitan jenayah dan keselamatan," katanya lagi.
sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kerajaan-perlu-kutip-hasil-jutawan-senyap-1.641686#