Bekas Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh, Isteri Dan Anak Maut Dihempap Papan Tanda

Bekas Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh, Isteri Dan Anak Maut Dihempap Papan Tanda,ok!: Tiga beranak maut selepas kereta yang dinaiki dihempap papan tanda yang patah dilanggar sebuah treler di Kilometer 399.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) hala utara, Hulu Selangor sekitar jam 6.35 pagi tadi.

Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh, Isteri Dan Anak Maut Dihempap Papan Tanda

Mangsa yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh, Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, bersama isteri, Jamnah Ibrahim, 56, dan anaknya, Nor Juliana, 17, maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu treler melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori sebelum terbabas dan terbalik lantas melanggar tiang papan tanda yang berada di tengah pembahagi jalan.

“Keadaan itu menyebabkan papan tanda yang terletak di Kilometer 399.9 (arah selatan) itu tumbang dan jatuh menghempap kereta jenis Mercedes-Benz yang dinaiki mangsa.

Ketika kejadian, mangsa sedang bergerak di lorong tengah,” katanya dalam satu kenyataan.

sumber
http://m.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/bekas-pengarah-pusat-penyelidikan-galian-ipoh-maut-kemalangan-1.144898

0 comment... add one now