Pekerja Dijadikan Seperti Hamba Abdi, Seorang Datuk Ditahan

Pekerja Dijadikan Seperti Hamba Abdi, Seorang Datuk Ditahan,ok!: Tindakan seorang lelaki bergelar Datuk memaksa 172 pekerjanya yang terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing bekerja 17 jam sehari dengan gaji serendah RM200 sebulan sejak setahun lalu terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu premis pemprosesan dan pemasaran burung walit di Klang hari ini.

Pekerja Dijadikan Seperti Hamba Abdi, Seorang Datuk Ditahan

Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, selain menahan lelaki berusia 29 tersebut, pihak berkuasa turut merampas beberapa dokumen termasuk pasport milik pekerja terbabit.

Ketua Pasukan Petugas Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang Kementerian Dalam Negeri, Deputi Superitenden Hadzwan Zulkefle berkata, operasi bersepadu tersebut adalah hasil risikan pihaknya selama tiga minggu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua pekerja berusia 18 hingga 30 tahun itu telah dipaksa bekerja lebih daripada 17 jam dengan bayaran gaji tidak setimpal serendah RM200.

Pekerja Dijadikan Seperti Hamba Abdi, Seorang Datuk Ditahan

“Mereka juga dikecualikan daripada cuti umum serta dikenakan potongan gaji walaupun mempunyai sijil sakit daripada doktor,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya lagi, pekerja kilang itu diberi kemudahan asrama, namun pergerakan mereka diatur kerana setiap malam pengurusan kilang akan mengunci pintu asrama dari luar tepat pukul 11 malam.
"Pekerja yang berumur 18 hingga 40 tahun itu rata-rata sudah bekerja di kilang berkenaan dalam dua hingga tiga tahun.

"Jika mereka ada lakukan kesalahan atau selagi tidak siap proses sarang burung, mereka tidak boleh balik ke asrama atau dipaksa buat kerja pembersihan," katanya.

Menurut Hadzwan, semasa serbuan dibuat terdapat seorang pekerja wanita berusia 20 tahun telah pengsan disebabkan keletihan bekerja.

'Datuk' itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati melanggar Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959 dan Akta Kerja 1955 selain kesemua pasport pekerja asing serta dokumen berkaitan pekerjaan di kilang itu dirampas.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/lelaki-bergelar-datuk-ditahan-jadikan-pekerja-seperti-hamba-abdi-1.463024

0 comment... add one now