Penjaga Sel ‘Cik Jah’ Dedah Cerita Sebenar Mona Fandey Sebelum Dijatuhkan Hukuman Mati

Penjaga Sel ‘Cik Jah’ Dedah Cerita Sebenar Mona Fandey Sebelum Dijatuhkan Hukuman Mati,ok!: Pada tahun 1993 satu Malaysia telah dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam pasangan bomoh Mona dan suami, Affandi. Kes pembunuhan tu antara yang paling mendapat perhatian. Sebab apa? Sebab macam-macam benda yang seram orang cerita.. Antaranya Mona Fandey boleh terapung dalam sel, boleh baca surah Al-Fatihah terbalik dan macam-macam lagi lah.

Penjaga Sel ‘Cik Jah’ Dedah Cerita Sebenar Mona Fandey Sebelum Dijatuhkan Hukuman Mati

Tapi sejauh mana cerita tu sahih? Iya lah, orang boleh buat cerita sebab kes ini mendapat liputan meluas pada waktu itu. Pegawai Penjara Kajang, Sarjan Azizah atau lebih senang disapa sebagai ‘Cik Jah’ ditugaskan untuk menjaga sel Mona Fandey menceritakan kisah dan personaliti sebenar Mona Fandey sepanjang berada dalam penjara. Memang bertentangan dengan apa yang korang pernah dengar!

Diarah Jaga Mona Fandey


“Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona”

Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.

Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,

Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.

Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,

Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.

Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.


Mona Fandey tak pernah berkata buruk pasal orang


Menurut Cik Jah, Mona Fandey seorang yang peramah dan suka ajak berbual. Antara topik yang selalu dibualkan ialah pasal anak-anak, bekas suami, suami yang terkini dan juga resepi-resepi makanan.

Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,

Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,

Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas.

Mona Fandey Tak pernah tinggal solat lima waktu


Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.

Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona.


Mona Fandey boleh terapung? Gila ke apa..


Cik Jah selalu baca surat khabar dan banyak melaporkan yang Mona Fandey mempunyai kebolehan untuk terapung dalam penjara.

Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.

Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,

Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.

Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit.

Mona Fandey tak bersalah dalam pembunuhan ini


Cik Jah akhirnya mendedahkan sebenarnya Mona Fandey bukan lah dalang utama dalam kes pembunuhan kejam tu. Sebaliknya suami Mona sendiri, Affandi merupakan OKT-1 (Orang Kena Tuduh 1) dan OKT-2 pembantu peribadi mereka, Juraimi.

Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.

Mona Fandey boleh terapung?

Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah terbukti tidak bersalah dalam kes pembunuhan ini dan dia telah dibebaskan oleh pihak mahkamah.

Cik Jah juga menambah bahawa sewaktu hari kejadian, Mona hanya mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum upacara mandi bunga bersama dijalankan.


Ingin menjalani hukuman mati bersama suami


Namun, Mona terpaksa memberi kata dua pula terhadap pembebasannya itu. Jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,

Peguambela Mona juga pernah memujuknya untuk menerima pembebasan itu tetapi tetap ditolak Mona tanpa pembebasan Affandi bersama. Itu pilihan Mona.

Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya.

“Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati”


Cik Jah juga menambah bahawa bekas suami dan anak-anak sering hadir waktu kes perbicaraan tanda sokongan dan anak-anak Mona lebih mengenali ibunya. Bekas suami Mona yang juga anggota polis berkata Mona bukan seorang yang bersifat kejam.

Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia.


0 comment... add one now