"Rumah Bau Wangi, Sejuk Sejak Arwah Tiada"-Ibu Allahyarham Noramfaizul

"Rumah Bau Wangi, Sejuk Sejak Arwah Tiada"-Ibu Allahyarham Noramfaizul,ok!: "Rumah bau wangi, sejuk sahaja sejak arwah pergi," tutur ibu kepada jurukamera Bernama TV yang terbunuh di Somalia, Noramfaizul Mohd Nor, enam tahun lalu.

"Rumah Bau Wangi, Sejuk Sejak Arwah Tiada"-Ibu Allahyarham Noramfaizul

Menurut Naemah Abdul Majid, 68, selepas pemergian anaknya itu, keluarganya sering terhidu bau wangi di dalam rumah.

"Rumah ini sentiasa bau wangi. Wangi yang macam mana, saya tak tahu nak jelaskan.. Sejak arwah pergi kira-kira enam tahun lepas, saya rasa tenang dan sejuk saja.

"Baju-baju arwah pun masih ada dan terjaga, baunya pun masih lagi wangi," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Noramfaizul Mohd Nor yang merupakan jurukamera Bernama TV, maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011.

Beliau adalah jurukamera Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.

Menurut Naemah lagi, dia masih menyimpan sampul duit belanja yang ditinggalkan oleh arwah kepadanya.

"Noramfaizul ada tinggalkan sampul surat berisi duit belanja kepada kami seluruh keluarga sebelum ke Somalia.

"Duit dalam sampul surat itu masih saya simpan. Saya sayang nak guna duit tersebut," katanya lagi.

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, menjadi wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk  wartawan di Amerika Syarikat.

Nama Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial itu di dalam bangunan Newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.

Nama Allahyarham juga boleh diakses di laman web muzium itu http://www.newseum.org .

Nama Noramfaizul diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban atau terbunuh semasa sedang berkhidmat atau menjalankan tugas liputan berita sepanjang tahun 2011.

Allahyarham Noramfaizul,39, terbunuh kerana terkena peluru sesat, semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia bersama-sama sekumpulan wartawan Malaysia di Mogadishu pada 2 Sept tahun lepas.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata, “Kami berasa sungguh terharu atas dedikasi yang diberikan kepada Noramfaizul di Memorial Wartawan di Newseum ini. Pemergian beliau adalah amat mendukacitakan kerana ia berlaku semasa beliau sedang bertugas.

“Tetapi kami berasa bangga yang usaha beliau merakamkan peristiwa berlaku di Somalia tidaklah sia-sia kerana ini menunjukkan keamanan masih rapuh di sana,” kata Yong.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/rumah-bau-wangi-sejak-arwah-pergi-1.644480

0 comment... add one now