Surat Meletup Di Pejabat IMF Paris, Seorang Cedera,ok!: Sepucuk surat dipercayai mengandungi bahan letupan meletup di pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Paris.
Memetik laporan BBC, letupan berkenaan mencederakan seorang petugas dan bangunan pejabat itu dikosongkan serta-merta.
Pekerja IMF tersebut menerima kecederaan di tangan dan muka.Pengarah IMF Christine Lagarde mengutuk "tindakan pengecut keganasan" terhadap kakitangan IMF.
Pejabat IMF terletak di Avenue Iena, di kawasan tengah pusat bandar berhampiran Champs Elysees.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Kewangan Jerman di Berlin telah memintas satu bungkusan mengandungi yang dihantar kepada Menteri Kewangan Wolfgang Schaeuble.
Dalam pada itu satu kumpulan haluan kiri Yunani dari Greece, Conspiracy Sel Fire, mendakwa menerusi laman web pihak mereka bertanggungjawab menghantar peranti tersebut ke Jerman.
Lagarde berkata dalam satu kenyataan, IMF sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Perancis untuk menyiasat letupan surat itu.
Menurut pihak berkuasa, peranti yang dihantar ke Jerman itu telah direka untuk menyebabkan "kecederaan parah" apabila ianya dibuka, memetik kenyataan agensi berita AFP.