Zahid Hamidi Akui Korea Utara UGUT Malaysia

Zahid Hamidi Akui Korea Utara UGUT Malaysia,ok!: Malaysia mengakui ada menerima ugutan Korea Utara susulan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Zahid Hamidi Akui Korea Utara UGUT Malaysia

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lebih lanjut ugutan yang diterima, sebaliknya menegaskan negara masih mempunyai pemimpin rasional yang tidak akan menggunakan pendekatan mengancam keselamatan nyawa rakyat.

“Ya, kita diugut, kita diancam. Saya tak mahu menyebut lebih dari itu kerana sembilan rakyat negara kita masih ada di negara itu, tetapi rakyat mereka juga ada di negara kita.

“Daripada sejumlah 2,453 orang, seramai 191 rakyat mereka menyertai Malaysia My Second Home (MM2H), 801 tenaga kerja, 187 pelombong dan 11 orang belajar di pusat pengajian di negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kelompok Persidangan Umno Cawangan Peringkat Terengganu di Stadium Negeri.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, keselamatan rakyat Korea Utara di negara ini terjamin walaupun hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan kes pembunuhan itu.

“Malaysia mempunyai pemimpin yang rasional, Insya-ALLAH. Selagi mereka jaga rakyat kita baik-baik, kita juga menghormati dan menjaga rakyat mereka. Kita tak mahu ganggu gugat, selagi mereka tak ganggu gugat kita.

“Kita akan hormati mana-mana pemimpin luar selagi mereka hormati pemimpin kita. Kita tak mahu menggunakan ini sebagai rundingan untuk kita korbankan rakyat kita dan kita tak mahu korbankan rakyat mereka di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memuji kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan kes pembunuhan Jong Nam yang membawa kepada penangkapan suspek dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu.

Katanya, ia membuktikan badan keselamatan di negara ini mempunyai kecekapan yang tinggi dalam menangani kes berkaitan.

“Tahniah diucapkan kepada PDRM atas kecekapan menangkap individu yang digunakan oleh satu kumpulan dari negara berkenaan tempoh 24 jam. Kita beruntung kerana pasukan keselamatan kita polis dan tentera berkolaborasi dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid menegaskan, Malaysia bukan lokasi jenayah antarabangsa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak.

“Kita tak mahu negara kita dijadikan batu loncatan atau dijadikan sebagai tempat untuk melancarkan keganasan atau jenayah antarabangsa.

“Justeru, saya menyeru supaya rakyat seluruhnya bersatu ketepikan perbezaan politik, agama dan bangsa demi negara. Demi keselamatan, unsur luar atau dalam kita ketepikan dan bersatu untuk pastikan keselamatan negara dipertahankan,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/malaysia-akui-terima-ugutan-korea-utara-1.645387

0 comment... add one now