Benjy Ditahan Cuba Bawa Dadah Masuk Indonesia

Benjy Ditahan Cuba Bawa Dadah Masuk Indonesia,ok!: Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim sekali lagi ditangkap selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam duburnya.

Benjy Ditahan Cuba Bawa Dadah Masuk Indonesia

Memetik laporan portal Detikcom, anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu diberkas setelah dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya bernama DJ.

Benjy Ditahan Cuba Bawa Dadah Masuk Indonesia

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

“Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,” ujarnya.

Sebelum ini, Benjy pernah ditahan dalam kes membabitkan pemprosesan dan memiliki dadah di sekitar Lembah Klang dan Muar, Johor.

Benjy Ditahan Cuba Bawa Dadah Masuk Indonesia

Laporan berkenaan turut menyebut, Benjy sudah diserahkan kepada Bahagian Anti Narkotik Polis Daerah Sumatera Utara (Sumut) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

sumber
https://www.utusan.com.my/hiburan/benjy-ditangkap-sorok-dadah-di-medan-1.471876

0 comment... add one now