Primeworks Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek

Primeworks Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek,ok!: Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) mengeluarkan permohonan maaf kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Primeworks Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek

Tindakan itu dibuat selepas salah satu rancangan televisyen siarannya mempersendakan mendiang ayah Watson.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah memberi peringatan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam rancangan yang diterbitkan.

"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling," katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya sangat menghormati bekas pelari pecut negara itu, ayah serta keluarganya.

"Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara.

"Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Sebelum ini, Watson dilaporkan menyatakan rasa kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang menghina bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan malam tadi.

Bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu dikatakan berang selepas rancangan televisyen terbabit menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan haiwan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/hina-ayah-watson-nyambek-primeworks-minta-maaf-1.664342

0 comment... add one now