Bakar Tahfiz: Pernah Kena Belasah Kencing Atas Jalur Gemilang, Baling Najis Ke Kereta

Bakar Tahfiz: Pernah Kena Belasah Kencing Atas Jalur Gemilang, Baling Najis Ke Kereta, ok!: Geng bermasalah. Itu panggilan yang diberikan penduduk sekitar Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur terhadap tujuh remaja yang ditahan susulan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung.

Bakar Tahfiz: Pernah Kena Belasah Kencing Atas Jalur Gemilang, Baling Najis Ke Kereta

Wartawan Harian Metro ketika menemubual beberapa penduduk sekitar di kawasan pusat tahfiz berkenaan, rata-rata mengakui kumpulan remaja itu sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada rakan sebaya malah kepada golongan dewasa.

Suri rumah yang mahu dikenali Mah, 60, berkata, seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah penduduk setempat kerana buang air kecil atas Jalur Gemilang, bulan lalu.

Katanya, dia tidak hairan sekiranya kumpulan remaja itu bertindak melakukan perkara kejam (membakar pusat tahfiz) kerana perangai remaja itu sememangnya menakutkan penduduk.

"Bulan lalu, salah seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah orang ramai berdekatan gelanggang futsal kerana kencing atas bendera Malaysia.

"Penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu membelasahnya sebelum bapa lelaki itu tiba dan memarahi orang ramai," katanya.

Menurutnya, bapa remaja berkenaan turut ditampar orang ramai kerana cuba mempertahankan tindakan biadap anaknya.

"Banyak perbuatan dilakukan budak jahat itu yang membuat orang ramai marah. Pantang ditegur mesti ada kereta penduduk calar.

"Malah, ada satu kejadian yang akan diingati penduduk iaitu sekumpulan remaja ini sanggup melempar najis ke kereta orang," katanya.

Bekas pengawal keselamatan Taman Tasik Datuk Keramat yang mahu dikenali Adnan, 57, berkata, dia hanya mampu bertahan bekerja di taman rekreasi itu dalam tempoh empat bulan saja kerana tidak tahan dengan kelakuan kumpulan remaja berkenaan.

Katanya, dia mengenali semua tujuh remaja yang ditahan dan mengakui remaja terbabit sering berada di kawasan taman pada lewat malam sehingga jam 4 pagi untuk melakukan perkara tidak berfaedah.

"Apabila saya datang untuk mengusir mereka dari kawasan taman, mereka menyorok atau lari, selepas itu mereka muncul semula untuk menghisap gam atau ganja.

"Sudah banyak kali saya dipermainkan oleh mereka,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahan dengan perangai kumpulan remaja itu lalu berhenti kerja pada Julai lalu kerana memikirkan masalah jantung yang dialaminya.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Fairus, 32, berkata, dia rapat dengan beberapa pelajar pusat tahfiz berkenaan kerana kerap berjoging bersama dan mereka pernah mengadu mengenai kelakuan kumpulan remaja nakal yang sering mengganggu serta mengugut mereka.

Katanya, pelajar tahfiz pernah mengambil gambar dan merakam video kumpulan remaja itu ketika sedang asyik menghisap ganja lalu diugut supaya memadamnya.

"Mereka (pelajar) diugut supaya memadam gambar dan video itu, jika tidak mereka akan menerima nasib buruk sama seperti mangsa yang pernah dipukul oleh Mamat (samseng yang sedang menjalani hukuman penjara).

"Mamat pernah memukul seorang remaja lain menggunakan kayu sehingga mati. Jadi kumpulan remaja ini seakan bayangan Mamat kerana bertindak di luar kawalan," katanya ketika ditemui.

sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/265193/kencing-atas-jalur-gemilang-lempar-najis-metrotv

0 comment... add one now