"Walaupun Nampak Mereka Melambai2 Tangan, Saya Terkilan Tak Dapat Tolong,"- Saksi,ok!: “SAYA terkilan kerana tidak dapat membantu walaupun nampak mereka melambai-lambai meminta tolong dari tingkat atas," kata saksi, Hazen, 63.
Menurutnya, dia yang tinggal di depan sekolah tahfiz itu terdengar suara lebih 40 pelajar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah meminta tolong dengan tangan melambai meminta tolong sambil menangis.
"Ketika itu api baru merebak ke separuh bangunan tetapi mangsa tidak ada jalan keluar menyelamatkan diri kerana pintu tidak dapat dibuka.
"Ada antaranya terjun dari tingkat satu dan kami dapat menyelamatkan lima pelajar berusia lingkungan 13 tahun yang terjun dari tingkat satu bangunan.
"Saya dan isteri berniaga makanan di depan rumah. Pelajar tahfiz ini sering datang membeli makanan di gerai kami dan boleh dikatakan kami mengenali semua pelajar di sekolah itu.
Sementara itu, seorang pelajar yang terselamat, Mohd Danial Borhan, 15, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila terhidu bau asap dan terdengar jeritan memaklumkan berlaku kebakaran.
Dia yang baru sebulan menuntut di pusat tahfiz itu segera mencari jalan keluar tetapi laluan pintu depan sudah terhalang berikutan api semakin marak.
"Saya nekad keluar mengikut tingkap dengan berpaut pada batang paip untuk turun.
"Saya berjaya menyelamatkan diri bersama tujuh rakan lain," katanya.
Katanya, ada kira-kira 30 pelajar berada di tingkat dua.
Dalam pada itu, 22 pelajar dan 2 warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.
Berita sedih itu disampaikan kepada media oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sumber
Harian Metro