Piala AFC; Pahang Tak Akan Merayu

Piala AFC; Pahang Tak Akan Merayu,ok!: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menegaskan tidak akan merayu terhadap hukuman yang melarang mereka memohon lesen Kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selama dua tahun.

Piala AFC; Pahang Tak Akan Merayu

●Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, PBNP akur dengan hukuman Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu susulan keengganan mereka menerima tawaran menyertai saingan Piala AFC 2018 bagi menggantikan Kedah.

●"PBNP terpaksa menerima keputusan yang sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM namun kami tidak akan sama sekali mengemukakan rayuan terhadap keputusan ini.

●"Ini kerana PBNP masih berpegang kepada keyakinan bahawa PBNP tidak melakukan sebarang kesalahan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

●Terdahulu, 'kedegilan' Pahang yang enggan menerima tawaran FAM untuk mengisi satu lagi slot pasukan ke saingan Piala AFC 2018 membawa padah selepas pasukan itu dilarang memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

●Hukuman itu membabitkan permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020 meskipun menjuarai Piala FA dan Liga Super.

●Bagaimanapun, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di laman Facebook badan induk itu meminta PBNP mengemukakan rayuan dengan alasan hukuman yang dikenakan ke atas Pahang terlalu lama.

Kredit
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/12/366181/pahang-tak-akan-merayu

0 comment... add one now