2 Warga China Kencing Ditempat Wuduk MRT

2 Warga China Kencing Ditempat Wuduk MRT,ok! : Kuala Lumpur: Dua lelaki dipercayai warga China berdegil untuk membuang air kecil di tempat wuduk surau stesen Transit Aliran Massa (MRT) meskipun telah ditegur oleh para jemaah untuk tidak meneruskan perbuatan itu, menurut perkongsian Nor Hafidzah yang tular di media-media sosial.

2 Warga China Kencing Ditemoat Wuduk MRT

Nor Hafidzah mendakwa kejadian ini berasal daripada perkongsian oleh saudara lelakinya dan berlaku pada hari yang sama beliau menulis mengenai ini di laman Facebook beliau.

“Saya sedang mahu mengerjakan solat, dan saya terdengar bunyi bising daripada tempat mengambil wuduk surau tersebut, jadi saya lihat di tempat wuduk itu dan terlihat tiga lelaki (dipercayai sebagai warga negara China berdasarkan loghat mereka yang pekat).”

“Salah seorang daripada mereka seolah-olah memahami apabila saya dan seorang lagi lelaki Muslim memberitahu mereka bahawa itu bukanlah tempat untuk buang air kecil.”

Terkilan dengan kedegilan dua lelaki tersebut yang dengan selambanya kencing di tempat wuduk itu, beliau bergegas keluar daripada surau itu pada waktu itu juga untuk memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Tidak puas hati, meskipun dengan berkaki ayam, saya keluar daripada surau itu, dan syukur kerana terdapat seorang Polis Bantuan yang secara kebetulan sedang berjalan menuju ke arah saya.”

“Saya meminta bantuan beliau untuk mengawal situasi, pada waktu yang sama salah seorang yang tadi selamba kencing sedang keluar daripada surau.”

“Setelah selesai solat, saya keluar daripada surau itu dan ternampak mereka yang selamba kencing itu, tanpa peduli dan hormat agama lain, masih lagi bersama dengan Polis Bantuan tersebut dan dengan beberapa petugas MRT.”

2 Warga China Kencing Ditemoat Wuduk MRT

“Saya berharap MRT cukup bijak untuk mengawal kes sebegini.” Sebelum ini, The Wall Street Journal pernah melaporkan sebuah kajian yang mendapati 90% masyarakat China tidak hirau dengan fenomena kencing merata yang berleluasa di tempat-tempat awam.

Tiga tahun lepas, sebuah kuil terkemuka di Thailand terpaksa membina tandas yang berasingan bagi mengasingkan para pelancong dari China daripada para pengunjung lain memandangkan pihak pengurusan kerap menerima aduan mengenai sikap pengotor pelancong-pelancong dari China.

Pihak pengurusan kuil tersebut mengeluh mengeluh, “Mereka berak di lantai, kencing di dinding-dinding luar dan meninggalkan tuala wanita terpakai di dinding tandas.”

0 comment... add one now