Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong

Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong | Aktivis sosial, Hishammuddin Rais yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di blognya, hadir di Balai Polis Sri Petaling di sini bagi memberi keterangan malam ini.

Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong

Peguamnya, Zaid Malek, mengesahkan perkara itu.

"Ya betul. Saya akan mengeluarkan kenyataan setelah proses ini selesai," katanya.

Difahamkan, Zaid menemani Hishammuddin ke balai polis itu kira-kira 10.30 malam ini setelah berhubung dengan pihak polis yang menyiasat dakwaan tersebut.

Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong

"Proses mengambil keterangan mengambil masa kira-sejam setengah dan selesai jam 12 tengah malam," 

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap Hishamuddin yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Sultan Muhammad V di blognya.

Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial.

Sementara itu dalam laporan polis yang dibuat, Hishammuddin menafikan tuduhan berkenaan kerana blog berkenaan telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia (SKMM)

Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong

Hishamuddin melalui blognyawww.tukartiub.blogspot.com dilaporkan melemparkan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan melampau terhadap Seri Paduka Baginda termasuk mendakwa Agong terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Malah tulisan blog itu sempat tular di laman sosial, bagaimanapun tinjauan di laman blog berkenaan mendapati kenyataan itu sudah dipadamkan.

Beliau percaya blog berkenaan digodam bertujuan untuk memfitnahnya.

0 comment... add one now