Ramai Bawak Benda Syirik, Trek Batu Putih Ditutup

Ramai Bawa Benda Syirik, Trek Batu Putih Ditutup ,ok! : Penduduk Kampung Pintu Padang, Gopeng terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara berunsur syirik ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Urban Trail 2019, Muhammad Ashraf Hassan, 29.

Ramai Bawa Benda Syirik, Trek Batu Putih Ditutup

Ketua Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi, 41, berkata, ada aduan penduduk kampung melihat beberapa individu hadir membawa pelbagai barangan bagi tujuan ritual seperti tanduk rusa, tanduk kerbau, pasu dan macam-macam lagi.

“Terbaru, semalam, beberapa penduduk terserempak dengan pihak melakukan perkara mencurigakan. Saya difahamkan pihak tidak bertanggungjawab itu membawa barangan seperti kemenyan dikhuatiri melakukan perbuatan syirik,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Mohd Fairis berkata, penduduk menyokong pihak berkuasa yang memohon agar kawasan pencarian ‘direhatkan’ buat seketika bagi memberi ruang pencarian lebih teliti oleh pasukan SAR.

“Penduduk sendiri sudah menutup laluan utama ke Bukit Batu Putih dari dimasuki orang yang tidak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pasukan SAR memohon orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat pencarian lebih teliti.

Menurutnya, kehadiran orang ramai yang tidak berkenaan bukan sahaja mengganggu penduduk di kawasan Bukit Batu Putih, Kampung Pintu Padang, Gopeng itu, bahkan operasi pencarian yang sudah berjalan selama 11 hari.

Katanya, tindakan menularkan pelbagai maklumat tidak sahih oleh orang ramai, termasuk yang datang ke lokasi pencarian sedikit sebanyak mengganggu tugas pasukan penyelamat.

“Dengan petunjuk dan maklumat samar-samar ditambah dengan maklumat tidak sahih yang disebarkan ia menyukarkan pasukan penyelamat.

“Kami nasihatkan orang ramai jangan timbulkan kekeliruan dengan kenyataan yang tidak sahih seperti mengatakan ada orang bunian, mistik dan sebagainya yang sepatutnya disimpan untuk diri sahaja.

“Lebih penting, jangan menyinggung perasaan penduduk serta ahli keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui ditemui, hari ini.

Mohamad Yunus berkata, pihaknya memohon orang ramai memberi ruang bagi tempoh dua hingga tiga hari ini kepada pasukan penyelamat untuk buat pencarian secara lebih teliti.

“Mungkin orang ramai dari luar tidak perlu hadir buat masa ini kerana kita ingin ‘merehatkan’ kawasan ini.

“Bagi kami ruang untuk menilai semula kawasan ini tanpa gangguan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Kredit
https://bit.ly/2Ue3K67

0 comment... add one now