Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya,ok!: Disebabkan tiada wang membayar kos pengebumian sebanyak RM300 diminta pengurusan jenazah surau, seorang bapa hampir gagal menyempurnakan pengebumian jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di hospital, malam tadi.

Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

Lelaki bekerja sebagai pembantu gerai makan itu kemudian terpaksa membawa pulang jenazah bayinya ke hospital semula selepas buntu untuk mengebumikan anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik apabila seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery membantu urusan berkenaan sehingga selesai termasuk membayar kos pengebumian.

Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

Mohd Zulhairi ketika dihubungi berkata, dia membantu lelaki berkenaan selepas wakil sebuah hospital menghubunginya pagi tadi memaklumkan terdapat pasangan suami isteri yang tidak cukup wang bagi mengebumikan jenazah bayi lelaki mereka.

Katanya, ketika bertemu, lelaki itu kemudian memaklumkan hanya mempunyai RM150 bagi mengebumikan jenazah anaknya selepas pihak pengurusan sebuah surau meminta bayaran RM300.

Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

“Ketika saya berjumpa dengannya, lelaki itu pada mulanya bertanya berapa jumlah bayaran yang saya kenakan membuatkan saya terharu dan sedih sebelum menyatakan saya lakukan secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran.

“Terus lelaki itu memeluk saya sambil memegang jenazah bayinya dan menangis," katanya yang berkongsi kisah itu di akaun Facebooknya.

Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

Mohd Zulhairi berkata, dia kemudian membawa lelaki berkenaan bersama jenazah bayinya ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi bagi urusan berkenaan.

Katanya, ketika berbual dengan lelaki itu ketika proses pengebumian, lelaki itu memaklumkan pihak pengurusan surau berkenaan memintanya membawa jenazah pulang semula ke hospital selepas dimaklumkan tidak mempunyai wang mencukupi.

“Saya sebak dan sedih apabila mendengar kisahnya itu sedangkan urusan yang sepatutnya didahulukan adalah urusan pengebumian dan bukan urusan kewangan," katanya.

Menurut mohd Zulhairi, dia dimaklumkan bahawa bayi berkenaan meninggal selepas isterinya lelaki itu terjatuh di dalam tandas dan menyebabkan keguguran.

Katanya, dia kemudian mengambil jenazah bayi itu bagi urusan memandi, mengafan dan mengebumikannya.

Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

“Sepanjang itu, hanya RM60 sahaja yang saya keluarkan bagi proses mengali dan mengebumikan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Paling saya sedih kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu namun itu tidak berlaku," katanya.

Mereka yang ingin membantu operasi gerakan Amal Team boleh melayari akaun FB, Mohd Zulhairi Zainol.

Harian Metro
http://bit.ly/2UfWQxg

0 comment... add one now