Setelah 5 Tahun Lumpuh, Tiba-Tiba Makcik Ini Mampu Berjalan Semula Ketika Di Madinah

Setelah 5 Tahun Lumpuh, Tiba-Tiba Makcik Ini Mampu Berjalan Semula Ketika Di Madinah | Seorang jemaah haji tidak menyangka boleh berjalan semula sewaktu berada di Madinah sedangkan sebelum ini dia mengidap angin ahmar yang mengakibatkan lumpuh badan sebelah kiri sejak lima tahun lalu.

Setelah 5 Tahun Lumpuh, TibaTiba Makcik Ini Mampu Berjalan Semula Ketika Di Madinah

Jemaah haji Fatimah Abd Latif, 60, berkata, dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas bangun tidur dan mahu bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

"Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.

"Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Seramai 455 jemaah haji yang tiba ke tanah air dari Madinah menerusi penerbangan pulang terakhir pesawat sewa khas Malaysia Airlines Berhad MH8289.

Hadir sama menyambut ketibaan jemaah haji ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Ismee Ismail.

Fatimah berkata, ketika mula tiba di Madinah seterusnya bergerak ke Makkah dan menunaikan wukuf di Arafah, dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.

"Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini," katanya.

via
http://www.hmetro.com.my/node/88949#sthash.GQdPSl51.dpuf

0 comment... add one now