Ibu & Anak Di Dera, Di Cucuh Api Rokok Oleh Teman Lelaki

Ibu & Anak Di Dera, Di Cucuh Api Rokok Oleh Teman Lelaki : Seorang wanita Thailand dan anak perempuannya dikurung, didera selama kira-kira seminggu di dalam bilik di sebuah rumah di Tanjung Chat, Kota Baharu sebelum mereka dapat melarikan diri dan meminta bantuan jiran.

Ibu & Anak Di Dera, Di Cucuh Api Rokok Oleh Teman Lelaki

Perbuatan kejam itu dilakukan oleh seorang bekas banduan yang juga disyaki menagih dadah dan tinggal bersekedudukan de­ngan wanita warga Thailand itu.

Kanak-kanak yang menjadi ­mangsa dera itu pula disyaki anak luar nikah kepada suspek yang berusia 33 tahun selepas pasangan itu tinggal bersama sejak tahun 2013.

Ibu muda yang berusia 21 tahun dan anaknya berjaya melarikan diri pada Ahad lalu dengan me­minta bantuan jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (gambar) berkata, kedua-dua beranak itu dipercayai menjadi mangsa dera kepada suspek dengan mereka dikurung, dipukul dan dicucuh api rokok.

“Pemeriksaan ke atas wanita warga Thailand dan anaknya yang berusia dua tahun menemui kesan lebam pada badan dan mata mereka akibat dipukul.

“Selain itu, turut ditemui kesan cucuhan api rokok pada badan dan punggung kanak-kanak itu,” kata beliau.

DERA SEBAB TAK PANGGIL ABAH

Dalam pada itu menurut ibu mangsa, anaknya didera hanya kerana tidak mahu memanggil teman lelaki ibunya dengan panggilan 'abah'.

Ibu tersebut mendakwa anaknya tidak merasa selesa dan sering melarikan diri apabila didekati suspek sebelum ini.

"Anak saya melarikan diri apabila didekati, sebab itulah dia (suspek) akan marah dan bersikap baran terhadap anak saya," katanya kepada pemberita ketika menemani anaknya menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

0 comment... add one now