KLCC Gempar Beg Disangka Berisi Bom : Pengunjung ke Menara 2 di Suria KLCC hari ini (Sabtu) digemparkan dengan penemuan empat beg yang dikhuatiri mengandungi bom.
Beg tersebut ditemui di bahagian tepi bangunan di antara pintu masuk utama Suria KLCC dan Menara 2 oleh polis bantuan KLCC pada kira-kira 10.30 pagi.
Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari IPD Dang Wangi lengkap berpakaian kalis letupan bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan.
Berikutan itu, anggota UPB melakukan prosedur meletupkan beg berkenaan pada kira-kira 1.45 petang di luar menara itu.
Namun tiada letupan berlaku. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama kemudian mengesahkan beg itu hanya mengandungi pakaian lelaki.
Dalam pada itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis bantuan pada pukul 12.35 tengah hari.
"Sepasukan bomba dan penyelamat dari balai Keramat dan Unit Hazmat dikejarkanke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan," katanya.
Beliau berkata selepas prosedur letupan, beg itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/10/31/beg-disangka-ada-bom/
KLCC Gempar Beg Disangka Berisi Bom
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →