Posting "Panjang" Di FB Tunjuk Dia Alami Tekanan Jiwa

Posting "Panjang" Di FB Tunjuk Dia Alami Tekanan Jiwa : Satu posting Facebook mirip Panjang, individu yang terlibat dalam insiden amuk di sebuah restoran di Melbourne pada Selasa lalu, seolah-olah menunjukkan dia sedang mengalami tekanan jiwa dan keliru.

Posting "Panjang" Di FB Tunjuk Dia Alami Tekanan Jiwa

Tiga hari sebelum insiden amuk itu, dia sering memuat naik status yang tidak keruan.

Dalam beberapa postingnya, dia berkata telah menjadi 'Israel' dan turut menyebut berkaitan dadah.

Posting terakhirnya sebelum insiden pada tengah hari Selasa lalu, seolah-olah menyatakan rasa lega dan berkata 'esok kerajaan akan memberikannya sebuah rumah'.

Dia turut memuat naik sekeping gambar yang kelihatan seperti senarai tugasan, termasuk menukar namanya kepada 'Messiah'.

Sementara itu, satu posting permohonan maaf yang didakwa ditulis ahli keluarga lelaki tersebut menjadi viral di Facebook.

Wanita tersebut yang dikatakan mewakili pihak keluarga memohon maaf atas status yang dimuat naik ‘Panjang’ di Facebook miliknya.

Menurut wanita tersebut, saudaranya itu kini ditahan di sebuah hospital dan berada di bawah pemantauan pihak berkuasa Australia.

“Saya memohon kepada semua disini mendoakan keselamatan kepada beliau serta ketabahan, kesabaran dan ketenteraman kepada keluarga beliau terutama ibunya yang akan berlepas ke sana tidak lama lagi,” katanya.

Seorang pengguna Fb Pzan Fzan menulis, "mamat ni sakit abdomen.. dia terpaksa ambik ubat (dadah) untuk hilangkan sakit yang terlampau tu.. dan mungkin pengambilan dah berlebihan sebab tu jadi macam tu..jadi tak waras... info dapat dari printscreen wakil family dia.. n dapat tau dari abang ipar yang baru balik dari Australia.. dia pernah jumpa mamat ni... n nampak pendiam ja dulu.. mungkin masa tu blom rosak lagi otak dia.. mungkin..."

Pada Selasa lalu,  seorang lelaki tidak berbaju dikenali sebagai 'Panjang' mengepung restoran milik rakyat Malaysia, 'Little Ipoh' di Melbourne selama hampir dua jam.

Dia didakwa bersikap mencurigakan selepas datang tanpa wang untuk makan di premis itu.

Baru2 ini tersebar berita seorang rakyat malaysia yg di kenali sebagai "panjang" mengamuk di Restoran Little Ipoh di Melbourne Australia..video dibawah sebelum kejadian dia mengamuk..ada yg mengatakan pemuda ni tidak sihat..
Posted by Video Viral on Thursday, 29 October 2015


via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/30/posting-fb/

0 comment... add one now