Zamani Slam Keluar Dari Rumah Pengasih?: Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, yang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah di Rumah PENGASIH didakwa keluar (melarikan diri) dari pusat pemulihan itu, malam semalam.
Menurut Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, penyanyi itu dikesan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada jam 10.26 malam.
"Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup," tambahnya.
Sehubungan itu, Yunus berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu.
Dalam pada itu, sumber terdekat Zamani menjelaskan isu melarikan diri tidak timbul kerana tiada perintah mahkamah untuk menempatkan beliau di pusat rawatan berkenaan.
Sebelum ini, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.
Zamani turut diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
via
http://www.bharian.com.my/node/89465?#sthash.KpQwv1ri.dpuf
Zamani Slam Keluar Dari Rumah Pengasih?
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →