Hospital Swatsa KL Diskriminasi Jururawat Bertudung?

Hospital Swatsa KL Diskriminasi Jururawat Bertudung?:  Hanya kerana memakai baju lengan panjang dan tudung ketika menjalankan tugas seorang jururawat dinasihatkan berhenti kerja oleh pihak pengurusan hospital swasta di bandar ini.

Hospital Swatsa KL Diskriminasi Jururawat Bertudung?

Malah, sijil Perakuan Amalan Tahunan(APC) milik Naziah Sauni Samat, 24, yang membolehkan dia bekerja di hospital atau klinik turut digantung menyebabkannya sukar mendapat pekerjaan lain.

"Saya bersama seorang lagi rakan perlu memotong lengan baju supaya lebih pendek malah tindakan memakai stoking tangan turut dilarang kerana dibimbangi boleh menyebabkan tersebarnya kuman melalui sentuhan.

"Saya diberi pelbagai tekanan oleh pihak pengurusan hospital itu iaitu tidak membenarkan saya melakukan sebarang pekerjaan selain turut dimaki hanya kerana mahu menutup aurat," katanya dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pagi tadi.

Terkini kami difahamkan jururawat dan pihak hospital tersebut telah membuat laporan polis berkenaan hal ini. Makin parah begini, takkan hospital tersebut tak faham tuntutan muslim? Atau saja buat2 tak faham?? Hurmm....

via

0 comment... add one now