[Gambar] Russia Gugur Bom Fosforus Putih Keatas Orang Awam Syria

Russia Gugur Bom Fosforus Putih Keatas Orang Awam Syria: Banyak laporan mendakwa tentera Russia melepaskan bom fosferus putih terhadap orang awam di barat laut Syria dalam kempen serangan udaranya terhadap kumpulan Negara Islam (IS).

Russia Gugur Bom Fosforus Putih Keatas Orang Awam Syria

Senjata kimia itu diharamkan di bawah Konvensyen Geneva kerana sangat bertoksik dan boleh membakar daging hingga ke tulang manusia.

Fosferus putih digunakan tentera untuk menerangi sasaran pada waktu malam atau bertindak sebagai bom asap pada waktu siang.

Beberapa gambar yang dimuat naik di Twitter menunjukkan langit dipenuhi senjata berbahaya itu ketika ia digugurkan di Raqqa, kubu kuat IS.

Russia Gugur Bom Fosforus Putih Keatas Orang Awam Syria

Ramai aktivis di bandar itu mendakwa ramai orang awam terperangkap dalam serangan itu yang mereka anggap jenayah perang.

Beberapa pertubuhan hak asasi manusia juga mendakwa serangan udara Russia lebih banyak membunuh orang awam berbanding militan IS.

Walaupun imej itu tidak dapat disahkan, tetapi beberapa penduduk di Raqqa melaporkan ada serangan di bandar itu menggunakan fosferus putih.

Russia Gugur Bom Fosforus Putih Keatas Orang Awam Syria

Pada 13 November lalu, saksi di bandar Idlib memberitahu majalah The Times, beberapa orang awam cedera teruk akibat dua serangan fosferus.

“Kami tahu ia adalah  fosferus kerana langit tiba-tiba bercahaya dan apabila ia jatuh, semuanya terbakar,” kata Ahmed, seorang aktivis di Idlib.

Katanya, dua kampung yang menjadi sasaran serangan didiami orang awam dan terletak kira-kira 80 kilometer dari kedudukan terdekat tentera.

Russia Gugur Bom Fosforus Putih Keatas Orang Awam Syria

Bahan kimia itu juga boleh mengakibatkan kerosakan jantung, hati dan buah pinggang jika diserap ke dalam badan serta boleh menyebabkan maut.

Rusia berkata serangan itu menyasarkan lokasi IS dan pengganas lain, tetapi pegawai kerajaan Barat dan pemberontak Syria mengatakan serangan itu tertumpu di kawasan tengah dan utara Syria yang mana IS tidak berada di situ.

Menurut media tempatan, Presiden Bashar al-Assad berkata beliau akan berjuang untuk keganasan dalam semua bentuk kerana Syria dan sekutunya yakin dapat menghapuskan pengganas sebagai langkah utama dalam membawa kestabilan kepada seluruh dunia.


via

0 comment... add one now