Ibu Kelar 2 Anak Direman 7 Hari

Ibu Kelar 2 Anak Direman 7 Hari: Seorang ibu direman selama tujuh hari bermula hari ini berikutan penemuan mayat dua anak lelakinya di sebuah rumah di Taman Wira di Sungai Petani, semalam.

Ibu Kelar 2 Anak Direman 7 Hari_videoviral

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md Isa, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret hari ini.

Sadis, 2 Beradik Maut Di Sembelih Ibu

Beliau berkata, wanita berusia 35 tahun berkenaan kini dirawat di wad psikiatri Hospital Sultan Abdul Halim kerana turut mengalami kecederaan akibat torehan di pergelangan tangan.

Ketika ditemui, si ibu dilihat seperti dalam keadaan ketakutan dipercayai mengalami tekanan jiwa.

Mayat anak wanita itu yang berusia tiga dan lima tahun ditemukan di rumah itu dengan kesan kelar dan wanita tersebut turut berada di dalam bilik bersama dua bilah pisau. - Bernama



via

0 comment... add one now