Di laman sosial dapat dilihat ramai yang terhibur dengan aksi lucu Mark seolah-olah sudah lama berlakon dan boleh berlawak.
"Saya baru berlakon di sini (Malaysia) dan setiap kali berlakon saya dapat pengalaman baru. Ya, saya suka berlakon dan apa-apa sahaja yang boleh hiburkan orang, saya suka.
"Betul saya dapat komen yang bagus dari peminat tetapi ada juga yang minta saya perbaiki lakonan saya dan saya akan cuba perbaikinya dari semasa ke semasa," jelas Mark.
Ditanya pada Mark lagi andai ada penerbit atau pengarah yang mahu menawarkan dia berlakon, Mark berikan jawapan jujurnya;
"Apa-apa yang boleh berikan duit saya akan cuba dan akan cuba yang terbaik. Saya juga tak tahu yang saya lucu tapi peminat nampaknya suka dan terhibur. Itu sudah cukup membuatkan saya juga gembira," kata Mark lagi.
Apapun saksikan salah satu kelawakan Mark Adam di studio Sinar bersama Jep Sepahtu..memang kelakar sungguh dia ni..
Mark Adam...memang lawak giler la mamat nih...:)
Posted by Video Viral on Wednesday, 2 December 2015