Guru Bunuh Diri Minum Racun?,ok: Seorang guru lelaki ditemui mati di rumah di Taman Desa Mawar, Tanjung Karang, malam tadi.
Menurut sumber, dalam kejadian 10.36 malam itu, mangsa berusia 28 tahun yang mengajar di sekolah menengah di sana ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang serta tidak berbaju di bilik air oleh jirannya.
Katanya, siasatan lanjut pasukan forensik menjumpai satu penutup warna merah dipercayai penutup tong racun berhampiran kepala mangsa serta satu botol racun jenis Hextar 2 di dalam baldi.
"Di bahagian dapur rumah menjumpai satu tong racun merah jenama Decide 41 yang tiada penutup.
"Terdapat juga sekeping resit pembelian dua racun iaitu 25 Mac lalu di dalam bakul sampah di ruang dapur," katanya.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
via
hmetro
Guru Bunuh Diri Minum Racun?
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →