Ibu Murid Potong Lidah Mahu Tukar Sekolah Anak | Ibu kepada murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di Klang Khamis lalu, mahu anaknya itu ditukarkan ke sekolah lain dengan segera.
Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata dia serik dan mahu kejadian hitam yang menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8, tidak berulang.
"Saya mahu menukarkan dia ke sekolah lain kerana tidak mahu dia dibuli lagi," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Siti Nurhuda berkata, polis juga telah mengambil semula keterangannya hari ini, berhubung siasatan kes berkenaan. Beliau berharap polis dapat menyelesaikan segera kes tersebut supaya ia tidak berlaku ke atas murid lain.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan memberi khidmat kaunseling kepada Muhammad Alif Shukran.
Pengarahnya, Zainureen Mohd Noor berkata, ia bagi memulihkan semangat murid tahun dua itu untuk terus bersekolah dan belajar.
"Di samping itu, pihak jabatan pendidikan juga sedang giat melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
artikel-Budak Gunting Lidah Kerana Dibuli Rakan?
Pada Khamis lalu, Muhammad Alif Shukran mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.
Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. - Bernama
sumber
hmetro
Ibu Murid Potong Lidah Mahu Tukar Sekolah Anak
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →