Katanya, beliau gembira kerana anaknya mencipta lakaran sejarah baharu untuk negara hingga menjadi juara dunia, namun pada masa sama, dia sedih kerana anaknya ke sana bersendirian dan berseorangan.
"Bukan saja rakyat Malaysia, kejayaan ini turut menjadi kebanggaan masyarakat Kampung Gajah dan rakyat negeri Perak.
"Saya sedih kerana Khairul Idham ke sana tanpa sesiapa menemaninya, dia bersendirian dan hanya disambut rakan pasukannya sebaik tiba di lapangan terbang.
"Dia pergi turut membawa bekalan makanan dari Malaysia termasuk mi segera, ikan bilis, beras dan makanan ringan yang lain bagi memastikan tidak berdepan sebarang masalah mencari makanan halal kerana berada di negara bukan majoriti umat Islam.
Detik2 kemenangan Khairul Idham Pawi di moto3...viaMalaysian Cup Prix
Posted by Video Viral on Sunday, 3 April 2016
"Apa pun saya bangga kerana impiannya untuk berdiri setanding pelumba handalan dunia tercapai selepas dinobatkan sebagai juara," katanya ketika ditemui di kediamannya.
Pawi berkata, dia tidak terkejut dengan kejayaan anaknya itu kerana tahu cara dan kesungguhan ditunjukkan Khairul Idham untuk sampai ke tahap itu.
"Selepas menyaksikan kejayaan Khairul Idham menaiki podium ketika dinobatkan juara dan lagu Negaraku berkumandang, saya rasa terharu serta bangga kerana usaha gigihnya itu berbaloi walaupun melakukannya bersendirian, sekali gus melakar sejarah baharu dalam arena sukan permotoran negara," katanya.
via
Berita Harian